Penilaian Kursus

daAlhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya melengkapkan tugasan saya dama kursus APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK ini bagi semeter 2 sesi 2012/2013.

Pertama sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kursus ini iaitu Dr. Zulkifli bin Ahmad atas tunjuk ajar yang tidak terhingga dan begitu sabar  dalam melayan kerenah saya dalam setiap pertanyaan yang saya ajukan. Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada kedua orang tua saya yang berada di kampung yang tidak putus-putus mengirimkan doa demi kejayaan saya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung dan secara tidak langsung.

Berdasarkan penilaian saya mengenai kajian ini, terdapat beberapa ‘kenangan manis’ dan ‘kenangan pahit’ yang berlaku sepanjang kursus ini berlangsung. Antara ‘kenangan manis’ dalam kajian ini ialah, secara tidak langsung saya dapat pengalaman baru dalam kerja lapangan. Kursus ini memerlukan saya untuk menemuramah responden yang berasal daripada Negeri Terengganu kerana saya merupakan anak jati Terengganu dan hal ini memudahkan saya untuk menganalisis data dengan lebih baik dan berkesan.

Selain itu, dalam Kursus ini, sayaa juga dapat mengimbas kembali apa yang telah saya belajar semasa semester 1, 2, dan 3 dahulu iaitu aspek Fonologi, Morfologi dan Sintaksis. Kursus ini juga membuka mata saya untuk lebih meneliti dengan lebih mendalam aspek mana yang perku saya gunakan untuk membuat latihan ilmiah saya pada masa akan datang.

Antara ‘kenangan pahit’ yang berlaku sepanjang saya mengikuti kursus ini ialah kesusahan memperolehi data yang bersesuian dalam aspek Linguistik yang dikaji. saya terpaksa merakam semula video daripada responden supaya kelima-lima aspek yang di kaji dapat dikenalpasti. Selain itu, saya juga perlu mengubah semula posting-posting saya kerana tidak memenuhi keperlaun kursus.  Selai n itu, Masalah yang timbul ialah komputer saya mengalami masalah dalam mengakses internet  jika menggunakan wifi selain UKM-Jaring. Hal ini membantutkan perjalanan tugasan saya dalam menyiapakannya.Namun begitu, saya tidak menjadikannya sebagai satu penghalang bagi saya untuk tidak menyiapakan tugasan-tugasan yang diberikan ini. Malahan saya seronok mengikuti kursus ini kerana secara tidak langsung ia menambahkan ilmu saya dalam pangaplikasian komputer  kajian Linguistik ini.

Akhir kata, pengkajian Linguistik dalam kajian komputer ini perlu diteruskan kerana banyak kelebihan dan ilmu akan diperolehi jika kita betul-betul membuat kajian sebegini. Ucapan jutaan Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada Dr. Zul sebagai pensyarah saya.  Saya akhiri dengan serangkap pantun :

budak-budak berkejar-kejar,

rasa gembira bermain di sana,

kalau kita rajin belajar,

kita pasti akan berjaya …

SESUNGGUNHNYA YANG BAIK ITU DATANGYAN DARIPADA PENCIPTA YANG YANG BURUK ITU DATANGNYA DARIPADA YANG DICIPTA .

terima_kasih_cikgu

Analisis Ayat

Bidang sintaksis adalah bidang yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Unit-unit perkataan dan elemen tersebut akhirnya akan membentuk sebuah ayat yang sempurna. Untuk menjayakan ayat yang sempurna, sintaksis diperlukan kerana sintaksis juga adalah hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan dalam ayat disusun. Dalam bahasa Melayu, bahagian utama yang membentuk ayat adalah subjek dan predikat. Kedua-dua bahagian itu mempunyai unsur-unsur daripada sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS).

Ayat adalah satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa maksud tertentu. Jika dibandingkan dengan klausa, klausa tidak memiliki intonasi sedangan ayat mewajibkan intonasi sebagai syarat dalam sesuatu ayat. Dalam tulisan, ayat diawali dengan huruf besar dan ditandai dengan titik, tanda tanya atau tanda seru. Ayat adalah merupakan unit pengucapan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Di mana pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapannya serta mengandungi intonasi yang sempurna. Disamping itu, setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya.

1-Ayat permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dantolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti  yang terdapat dalam contoh berikut :

anati

2- Ayat Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh ayat adalah seperti di bawah :

Untitled

3- Ayat tanya

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan soalan kepada si pendengar atau menanyakan sesuatu hal. contohnya :

Untitled

 

4- Frasa Nama

Frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada beberapa perkataan  yang berfungsi sebagai satu konstituen dalam sesuatu ayat. contoh frasa Nama dalam data adalah seperti berikut :

nam

 

KESIMPULAN

Bidang sintaksis ialah bidang yang mengaji ayat dan ayat pula terbahagi kepada beberapa jenis ayat seperti ayat nafi, larangan, permintaan dan sebagainya.  Dialek Marang, Terengganu,  dengan Bahasa Melayu Standard mempunyai persamaan pola ayat iaitu SVO (Subjek + Verb + Objek). Dalam hal ini, penggunaan ayat merupakan salah satu aspek penting dalam kajian Linguistik lebih-lebih lagi untuk mengaplikasikannya dalam kajian Aplikasi Komputer.

Analisis Pragmatik

Yule (1996: 3), misalnya, menyebutkan empat definisi pragmatik, yaitu (1) bidang yang mengkaji makna pembicara; (2) bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya; (3) bidang yang, melebihi kajian tentang makna yang diujarkan, mengkaji makna yang dikomunikasikan atau terkomunikasikan oleh pembicara; dan (4) bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi partisipan yang terlibat dalam percakapan tertentu. Thomas (1995: 2) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbagi menjadi dua bagian, pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker meaning); dan kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif, menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation). Selanjutnya Thomas (1995: 22), dengan mengandaikan bahwa pemaknaan merupakan proses dinamis yang melibatkan negosiasi antara pembicara dan pendengar serta antara konteks ujaran (fisik, sosial, dan linguistik) dan makna potensial yang mungkin dari sebuah ujaran ujaran, mendefinisikan pragmatik sebagai bidang yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction). Leech (1983: 6 (dalam Gunarwan 2004: 2)) melihat pragmatik sebagai bidang kajian dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Keterkaitan ini ia sebut semantisisme, yaitu melihat pragmatik sebagai bagian dari semantik; pragmatisisme, iaitu melihat semantik sebagai bagian dari pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik sebagai dua bidang yang saling melengkapi.

 PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI MENGIKUT SITUASI

Rakaman yang dibuat terhadap responden mengenai dialek Marang, Terengganu dalam analisis Pragmatik

Dialek Marang, Terengganu Bahasa Melayu Standard
Anati        :   cakap name ke, cakap saya ke, cakap    ambe ke?Shuhada :  kalu mok ngan aboh cakap name, panggil Shuhada.Anati        : kalu cakap ngan adik-beradik ?Shuhada :  kalu cakap ngan adik beradik tu aku mu. Dengan adik je base adik dengan kak.panggil yea kak , panggil yea dik.

Anati     :  pahtu kalu kawan, macang kawan rapat mesti lain, kawang biasa lain, orang baru kenal lain, mesti cakap panggilan nama lain ork?

Shuhada : ermmm ermm.

Anati       : gane or?

Shuhada :  kalu kawang hok rapat memang kawang hok baik ork, biase panggil name , pahtu kalu cakap pong  kasor-kasor sket sebab kita memang kenal dari sekolah rendah g kawan baik or. Kalu  hok baru kenal biasnye yea ada eee macang ge yea panggil nama. Kalu dekat kolej biasanye ada gok orang panggil Ida.

Anati       : kalu macang ge cakap ngan cikgu tu gane?

Shuhada : cikgu? Maknenye.

Anati       : base name ke, base saye k?

Shuhada : orr, base saye

Anati        : bile.. bile gune perkataan ambe tu?

Shuhada   :  ambe?  Biasenye kalu cakap dengan . . . kalu kite nok mintok tolong. Biase  kalu nok mintok tolong dengan kawan ke ork, gune perkataang ambe tu sebab ge napok nok mintok tolong kang

Anati       : contoh, boleh bagi contoh ayat dok?

Shuhada : kononnye duk dalam bilik ork, pahtu ade keje, nok g cafe malah ork, mesej kawang kate ‘ambe nok mitok tolong ni, tolong bukus makanan ke,’

Anati       : cakap nama ke? Cakap saya ke? Cakap ambe ke?Shuhada : kalau mok dengan ayag cakap name, panggil ShuhadaAnati        : kalau cakap dengan adik beradik?Shuhada : kalau cakap dengan adik-beradik tu, aku kau. Dengan adik je biasa panggil adik dengan kak. Panggil dia kak, panggil yea adik.

Anati         : lepas itu kawan, contonhya kawan rapat mesti lain, kawan biasa mesti lain, orang baru kenal lain, mesti panggil nama lain kan?

Shuhada  : ermm ermm.

Anati         : macam mana tu?

Shuhadah : kalau kawan yang rapat memang yang baik kan, biase panggil nama, lpeas itu, cakap pun kasar-kasar sikit sebab kita memang kenal dari sekolah rendak lagi kawan baik. Kalau  yang baru kenal biasanyanya ada eee macam dia panggil nama. Kalau dekat kolej biasanya ada jugak orang panggil Ida.

Anati        : kalau contonhya cakap dengan cikgu tu macam mana?

Shuhada : cikgu? Maksudnya?

Anati      : panggil nama ke? Panggil saya ke?

Shuhada : ooo..pangggil saya.

Anati       : bila..bila guna perkataan ‘ambe’ (saya) tu?

Shuhada : ‘ambe?’ biasanya kalau cakap dengan… kalau kita nak mintak tolong. Biasa kalau nak mintak tolong kawan kita kan, guna perkataan  ‘ambe’ tu sebabnya nampak nak mintak tolong kan

Anati       : contoh. Boleh bagi contoh ayat tak?

shuhada : kononya duduk dalam bilik kan, lepas itu, ada kerja, nak pergi cafe malas kan, mesej kawan kata ‘ambe nak mintak tolong ni, tolong bungkus makanan ke’

Berdasarkan data tersebut,,hanya penggunaan bahasa tidak formal sahaja berlaku dalam dapatan tersebut.

BAHASA TIDAK FORMAL.

Istilah bahasa nonformal ini terjemahan dari “nonstandard language”.Istilah bahasa nonstandar ini sering disinonimkan dengan istilah “ragam subformal”, “bahasa nonstandar”, “ragam takformal”, bahasa tidak formal”,“ragam nonstandar”.
Richards, Jhon, dan Heidi berpengertian bahwa bahasa nonformal adalah bahasa yang digunakan dalam berbicara dan menulis yang berbeza penghafalan, tatabahasa, dan kosakata dari bahasa formal dari suatu bahasa (nonstandard, used of speech or writing which differs in pronunciation,grammar, or vocabulary from the standard variety of the language) (1985 :193).
Suharianto berpendapat  bahwa bahasa non-standars  atau bahasa pergaulan adalah salah satu variasi bahasa yang tetap hidup dan berkembangsesuai dengan fungsinya, iaitu dalam pemakaian bahasa tidak resmi (1981 : 23).
Berdasarkan beberapa pengertian di atas, jelas bahwa bahasa nonstandar adalah ragam yang berkode bahasa yang berbeza dengan kod bahasa yang baik dan benar, dan dipergunakan di lingkungan tidak rasmi.
Dalam kajian ini, pengkaji telah meneliti aspek pragmatik dengan memberi perhatian terhadap penggunaan kata ganti nama diri. Rumusan di bawah menghuraikan analisis penggunaan kata ganti nama dalam Dialek Marang, Terengganu berdasarkan kajian yang telah dibuat.
1) penggunaan kata ganti nama diri pertama ‘AKU’
aku
Berdasarkan data di atas, penggunaan “aku” yang dapat dikenalpasti dalam data adalah semasa responden bercakap dengan adik-beradiknya yang lain. Bagi penggunaan yang lebih sopan, responden bercakap dengan membahasakan diri “kak ” ketika bercakap dengan adiknya yang lebih kecil.
2) penggunaan kata ganti nama diri  pertama ‘AMBE’
ana
Berdasarkan data di atas, responden akan menggunakan kata ganti nama diri pertama “ambe” apabila bercakap dengan kawan-kawan terutamaanya untuk meminta pertolongan  daripada kawan-kawan.
3)penggunaan kata ganti nama diri pertama ‘NAMA’
Untitled
Penggunaan nama panggilan digunakan oleh responden ketika bercakap dengan kedua-dua ibu bapa keranaa menunjukkan hormat seorang anak kepada kedua ibu bapanya.
SUASANA HARI RAYA DI KAMPUNG
Selain penggunaan kata ganti nama diri, analisis pragmatik juga tertumpu kepada situasi di mana suasana Hari Raya yang berlaku di Daerah Marang, Terengganu yang mungkin mempunyai persamaan dan sedikit perbezaan dengan orang-orang yang berada di daerh-daerah  Terengganu khususnya dan di luar dari Terengganu secara amnya.
Antara contoh data atau situasi hari raya di Marang Terengganu adalah seperti berikut :
amm
Data di atas menerangkan bagaimana situasi hari raya yang berlaku di Marang, Terengganu. Jika kita meneliti  data di atas, situasi begini biasanya memang berlaku dalam masyarakat Malaysia pada Hari Raya.
RUMUSAN
Berdasarkan situasi-situasi di atas iaitu situasi   PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI MENGIKUT SITUASI dan situasi SUASANA HARI RAYA DI KAMPUNG, terdapat perbezaan antara DMT dengan BMS dalam situasi penggunaan kata ganti nama diri dan dalam situasi Hari Raya kebanyyakan masyarakat di Malaysia mengamalkan budaya tesebut. Secara kesimpulannya, prgmatik merupakan kajian maknaa yang dilakukan mengikut situasi. Pengkajian ini sangat menarik kerana dapat melihat perbezaan antara sau budaya dengan budaya yang lain dan perbezaan penggunaanya dalam kehidupan seharian manusia.

Analisis Ayat

pembentukan ayat
Sintaksis adalah salah satu bidang yang mengkaji struktur, binaan dan bentuk ayat. Sintaksis juga merupakan salah satu bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat selain daripada bidang morfologi, fonologi, dan sebagainya yang mempunyai pengkhususan masing-masing. Sintaksis juga diertikan sebagai bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa yang mana ayat ini dapat didefinisikan sebagai rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Dalam bahasa Melayu, bahagian utama untuk membentuk ayat adalah subjek dan predikat. Kedua-dua bahagian itu mempunyai unsur-unsur daripada sama ada frasa nama (FN), frasa kerja.

Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap. Ayat juga terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa patah kata terbina daripada unsur-unsur klausa, frasa dan kata membentuk ayat. Merujuk kepada klausa pula, kedua-duanya mempunyai elemen yang sangat berbeza iaitu klausa tidak mempunyai intonasi manakala ayat pula mewajibkan intonasi sebagai syarat utama dalam sesuatu ayat. Di samping itu juga setiap bahasa yang ada di dunia ini mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya.

Analisis Makna Kata

4.2.4  Semantik

Setiap ujaran akan terselah maknanya jika penyingkapan maksud ujaran tersebut dilakukan lapisan demi lapisan bagi memastikan interpretasi sebenar dapat diperoleh. Dengan cara ini juga, hasil interpretasi makan akan lebih bersifat saintifik serta boleh dipertanggjawabkan. Menurut Slamet Muljana (1964) semantik ialah cabang linguistik yang bertugas untuk meniti makna kata, bagaimana ia bermula, tentang bagaimana perkembangan dan apa sebabnya terjadi dalam sejarah bahasa. Beliau berpendapat banyak bidang-bidang lain seperti limu jiwa, kemasyrakatan dan ketatanegaraan mempunyai kaitan dengan semantik.

Rujukan

Slametmuljana. 1964. Semantik. Djakarta : penerbit Djambatan.

Dalam DMT terdapat beberapa perbezaan makna yang dapat dikenalpasti dalam data yang mempunyai perbezaan makna antara BMS.Antaranya ialah :

Untitled

Makna yang terdapat dalam data seperti di atas ada menunjukkan perbezaan percakapan yang membawa maksud yang berlainan antara DMT dengan BMS. Dalam DMT, terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan dan bunyi yang sama, namun mempunyai perbezaan makna yang sangat ketara jika dibandingkan dengan  BMS. Berikut adalah penerangan mengenai data di atas

PENERANGAN:

1)  Dalam BMS,’Menembak’ merupakan sesatu perbuatan yang mengeluarkan peluru dari senjata. Manakala ‘menembak’ dalam BMT ialah air yang melimpah keluar daripada bekas seteleh penuh diisi.

Contoh ayat : menembak air tu.. (air melimpah-limpah tu)

2)  Dalam BMS, perkataan ‘gong’ bermaksud alat bunyi-bunyian daripada logam yang bertombol (dibunyikan dengan dipalu) atau canang besar. Manakala ‘gong’ dalam DMT ialah sombong.

Contoh ayat : gong sungguh mung lening ork? (sombong sungguh kau sekarang kan?)

3) Dalam BMS ‘dalang’ bermaksud orang yang memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi. Bagi DMT pula, ‘dalang’ memberi maksud kata hubung yang memberi maksud jarak dan sebagainya.

Contoh ayat :  lage tu sangat dalang. (telaga itu sangat dalam).

4)  Dalam BMS , perkataan ‘tong’ membawa maksud  tempat (air, padi, dll) yang dibuat daripada papan kayu bulat torak bentuknya, tahang ataupun tin yang besar (tempat mengisi minyak dll). Manakala dalam DMT pula, ‘tong’ membawa maksud memberi sesuatu kepada seseorang.

Contoh ayat : tong la pitih sikit-sikit sorang. ( bagi la duit sikit-sikit seorang)

5) Dalam BMS, kata ‘sumbat’ membawa maksud penyumbat sesuatu yag digunakan untuk menuntup lubang. Namun begitu, dalam DMT ‘sumbat’ membawa maksud seseorang yang tidak betul.

contoh ayat  : tolol sungguh mung ari ni. ( sumbat sunggung kau hari ini).

6) Dalam BMS ‘bahasa’ membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompak manusia. Manakala dalam DMT ‘bahasa’ merupakan penggantian kepada satu sistem panggilan.

contoh ayat : ambe biasanya panggil diri ambe shuhada. (saya biasanya bahasakan dari saya shuhada).

7) Dalam BMS, perkataan ‘halus’ memberi makna tidak besar (kasar) atau kelihatan elok dan rapi (hasil daripada kerja yang teliti dan sempurna). Manakala dalam DMT, ‘halus’ memberi makna sopan.

contoh ayat : aku suka tengok mung, sopan  je. (aku suka tengok kau, halus je).

8) Dalam BMS, ‘lawa ‘ membawa makna cantik (orang, perhiasan) bergaya, indah, menarik hati segak dan sebagainya. Namun, dalam DMT, ‘lawa’ memberi maksud seseorang yang mengada-ngada.

contoh ayat : ngada-ngada sungguh la mung ni (lawa sungguh la kau ni).

9) Dalam BMS, kata ‘bersaing’ membawa makna turut serta (dalan pekerjaan), berrsama-sama serta berdampingan. Manakala dalam DMT, ‘bersaing’ memberi makna berkawan dengan seseorang.

contoh ayat : aku suke bersaingan ngan dia. (aku suka berkawan dengan dia).

10) Dalam BMS, kata ‘betak-betak’ memberi makna sejenis penyaki kulit. Namun dala DMT, betak membawa maksud seseorag yang suka membuat kerja lambat.

contoh ayat : betak mung wat kerja ork? (lambat kau buat kerjakan?)

RUMUSAN

sebagai kesimpulannya, bahasa ini sangat unik dan mempunyai pelbagai bahasa dan dialek yang berlainan berdasarkan keadaan geografinya. Makna dalam satu-satu ujaran perlu difahami betul-betul agar tidak berlaku ketidakfahaman semasa berkomunikasi. Jadi, Jelaslah bahawa DMT dengan BMS mempunyai perbezaan makna yang amat ketara.

Analisis Sebutan

4.2.1   Sebutan

Fonologi ialah ilmu Lingustik yang mengkaji strukutur dan pola sematik bunyi dalam bahasa manusia (Adrian Akmajia : 2002). Oleh itu, kajian hanya membincangkan bentuk dan pola bunyi sama ada vokal, konsonan, dan diftong dalam dialek Marang, Terengganu. Berdasarkan dialek Marang, terengganu, terdapat beberapa pengguguran, pengantian dan penambahan beberapa fonem yang mempunyai perbezaan dengan Bahasa Melayu Standard. Antara hasil kajian dalam aspek sebutan bunyi ini adalah seperti berikut.

assa

penerangan :

data 1-  Vokal [a] yang berada di suku kata terakhir dalam Bahasa Melayu dalam beberapa perkataan telah diganti dengan vokal [ɔ] dalam dialek Marang, Terengganu iaitu /sekolah/ telah menjadi /sekɔlɔh/

data 2-  penggantian fonem daripada [u] kepada [ɔ] yang berlaku pada akhir suku kata dalam dialek Marang. iaitu daripada perkataan /duduʔ/ dalam bahasa Melayu Standard telah bertukar menjadi /dudɔʔ/ dalam dialek Marang, Terengganu.

data 3-  menggugurkan fonem [ə]  yang berada pada suku kata awal dan pada konsonan [r] pada suku kata akhir. Kemudian menggantikan vokal [u] pada suku kata alhir kepada vokal belakang separus luas [ɔ] dalam Dialek Marang, Terengganu.

data 4-  menggugurkan fonem nasal [m] pada suku kata pertama perkataan /kampuŋ/ dan kemudiannya menggantikan fonem [u] kepada vokal belakang separuh luas [ɔ] menjadikannya /kapɔŋ/ dalam dialek Marang.

data 5 – penggantian fonem [m] berlaku dalam bahasa Melayu standard dalam perkataan /maʧam/ yang berubah kepada /maʧaŋ/ dalam dialek Marang. penggantian ini berlaku antara fonem nasal  dua bibir [m] kepada nasal lelangi lembut [ŋ]

data 7- penggantian fonem [m] berlaku dalam bahasa Melayu standard dalam perkataan /pǝmadam/ yang berubah kepada /pǝmadaŋ/ dalam dialek Marang. penggantian ini berlaku antara fonem nasal  dua bibir [m] kepada nasal lelangi lembut [ŋ]

data 8 -pengguran  fonem sisian[l] digugurkan dalam  dialek Marang seperti /padahal/ kepada /padaha/

data 9- penggantian berlaku kepada fonem  letusan aveolar [s] kepada fonem glotal [h] dalam perkataan /puas hati / kepada /puah ati/. kemudianya pengguguran berlaku ke atas fonem glotal pada perkataan yang kedua iaitu pengguguran [l]

data 10- pengguguran berlaku ke atas dua fonem dalam perkataan /ʧampur/ iaitu pengguguran fonem nasal dua bibir [m] pada suku kata pertama dan fonem[r]. kemudiannya  penggantian kepada fonem vokal belakang separuh luas [ɔ] dalam dialek Marang menjadikannya /ʧampur/ kepada /ʧapɔ/.

secara keseluruhanya, dalam  terdapat perbezaan dalam sebutan antara bahasa standard dengan dialek Marang, Terengganu iaitu dari segi penambahan fonem, pengguguran fonem fan penggantian fonem. Hal ini dapat dilihat berdasarkan data-data di atas.

Rujukan

Adrian Akmajian, Richard A. Demers, Ann K. Farmer & Robert M. Harnish. 2002. Lingustik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi . Terj. Aishah Mahdi & Azizah Hussien. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Analisis Pembentukan Kata

PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk kata majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan. Dalam kajian mengenai dialek Marang, Terengganu, terdapat beberapa proses pembentukan kata yang berlaku. Antaranya :

a)     Pembentukan leksikal baru

b)     Penggandaan berima/berentak

c)     Pengguguran suku kata

Disebabkan dialek Marang, Terengganu merupakan salah satu dialek yang unik, terdapat beberapa pembentukan leksikal baru yang memeng tidak difahami oleh orang yang berada diluar Terengganu. Data yang menunjukkan Pembentukan leksikal baru adalah seperti :

a)   pembentukan leksikal baru

anatiberdasarkan perkataan-perkataan di atas, jelaslah terdapat beberapa perkataan yang unik dalam Dialek Marang Terengganu (DMT) yang merupakan pembentukan leksikal baru dalam bahasa Melayu Standard (BMS). uniknya DMT ialah perbezaan yang ketara dalam penggunaanya yang jauh mempunyai makna yang berbeza dengan BMS. Dan mungkin BMS tidak mengetahui dengan lebih mendalam maksud-maksud seperti di atas.

b ) Penggandaan Berima/ Berentak.

dalam DMT, terdapat  sedikit perbezaan dalam kata ganda yang dapat dikesan dalam data yang pengkaji perolehi. Antaranya ialah :

anatiproses penggandaan berlaku dalam DMT adalah seperti di atas, “puteh Lepuk” dalam DMT bermaksud sesuatu atau seseorang yang tersangat-sangat putih. Manakala ‘Kuning Sinyo’ pula merupakan kuning yang sangat-sanagt kuning dan merupakan kuning yang boleh menyilaukan mata bila seseorang memandang ‘kuning sinyo ini’.

c) pengguguran suku kata

terdapat beberapa patah perkataan dalam DMT yang berlaku pengguguran suku kata yang terdapat dalam data kajian. Antaranay ialah:

anati1Dalam data di atas, responden ada menyebut beberapa perkataan yang menyebabkan berlakunya pengguguran suku kata seperti data dia atas. jadi jelaslah bahawa dalam DMT juga berlaku pengguguran suku kata yang melibatkan proses morfologi.

RUMUSAN

Berdasarkan data-data yang diperolehi oleh responden dalam kajian Aplikasi Komputer Dalam Kajian Linguistik ini, terdapat beberapa aspek yang melibatkan pembentukkan kata yang merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam bidang morfologi. Antaranya ialah  pembentukan leksikal baru, penggandaan berima dan pengguguran suku kata. Jadi pengkaji dapat menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan dalam pembentukan kata dalam membandingkan BMS dengan DMT.

Terjemahan Rakaman Audio

Perbualan antara pengkaji dengan responden dalam Dialek Marang, Terengganu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Standarg. Berikut adalah terjemahannya.

Anati        : Assalamulaikum…boleh saudari perkenalkan diri saudari?

Shuhada : boleh. Nama saya nor shuhada binti bukhari. Asal dari Marang, Terengganu. Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dulu saya sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Marang dan sekolah menengah di Sekolah Menegah Kebangsaan Lela Segara. Dari sekolah rendak hingga sekolah menengah, saya memeng duduk Terengganu dan hanya keluar dari Terengganu selepas mendapat tawaran universiti.

Anati       : awak asal dari mana?

Shuhada : kampung Kijing, Marang

Anati        : tahu tak asal usul kampung tu macam mana?

Shuhada : kurang. Tapi ayah saya bagitahu Kijing boleh kerana masa zaman dahulu ada kehidupan laut  di tepi pantai dan namanya Kijing.

Anati        : ok. Dalam dialek Terengganu ada tak perkataan-perkataan yang orang selain Terengganu yang tak faham?

Shuhada : rasanya banyak, antaranya ialah ‘poreng’. Contoh maksud ‘poreng’ ialah kalau kita sedang melukis apa-apa, kawan kita datang dan berkata ‘comot sangat lukisan kamu’. Perkataan seterusnya ialah ‘pekong’ iaitu  baling. ‘pekong’ ni kalau kita nak mintak apa-apa daripada kawan kita. Contoh penggunaan ayat ialah ‘cuba kamu baling pemadam tu’. Jadi perkataan itulah yang kita gunakan. Banyak lagi perkataan yang lain. Contonhya ‘nembok’, kalau dekat Terengganu, ‘nembok’ tu bermaksud melimpah-limpah. Kononnya kita melihat air dalam tong lepas tu kita kata ‘melimpah-limpah air tu’. . Perkatan seterusnya ialah ‘gong’. ‘gong’ maksudnya sombong. Kononnua kalau kita jumpa kawan kita, lama tak jumpa, lepas itu dia buat tak tahu je kat kita, lepas itu kita kata ‘sombong kau sekarang’. Yang lain seperti ‘sembe’. ‘sembe’ tu maksudnya muka slamber. Contohnya kita tengok kawan kita kan, padahal dia buat salah , lepas itu dia buat muka slamber je. Kita katalah ‘slambe kau padahal buat salah tadi kan?’. Perkataan lain ‘nebeng’. ‘nebeng tu’ maksudnya seperti lebih-lebih. Kalau buat apa-apa, benda tu simple tapi dia buat seperti lebih-lebih. Kita katalah ‘lebih-lebih kau tadikan? Padahal nak ambik hati cikgu lah tu.’ ‘lebong ’ pula maksudnya tipu. Contohnya kita kate ‘kau tipu aku kan?’. Maknanya kau tipu aku kan?. Macam tu lah. Lepas itu, ‘tunja’. Tunja seperti kita kata eee kononya kawan kita tak puas hati ke kawan kita yang lain tapi biasanya gurau-gurau macam tu la. ‘tunja je dia tu’. Maksudnya sepak je dia tu. Yang lain ialah ‘nyenyeh’. Nyenyeh maksudnya macam ni la.  Kononnya saya marah kat kawan saya, saya katalah ‘ perli lah kau ni’. Dia seperti  perli kita la buat muka macam ni. Macam dia perli kita. ‘Betak’. ‘Betak’ tu seperti lambat. Contonhya kita buat kerja, kita dah siap dah tapi dia tak lagi. Kiranya macam lambat lah tu. Lambat lah. Yang lain seperti ‘sumbak’. ‘sumbak’ tu maksudnya dia tak betol atau bodoh sikitlah. Dia buat apa-apa yang tak sepatutnya dia buat. Lepas itu, kita katelah ‘tak betol la kau ni, ada ke patut buat macam tu?’. Dalam dialek Terengganu ni banyak juga contonhya kita guna nak bagitahu putihkan? Kita kata ‘ putih-lepuk’, nak bagitahu benda tu sangat putih lah. Putih sangat-sangat, kuning sinyo nak bagitahu kuning tu memang betol-betol kuning.

Anati        : kalau contonhya la kan, saudari sendiri cakap dengan mak tu bahasa apa?

Shuhada : kalau dengan mak biasenya campur, Terengganu dengan Kedah sebabnya mak asal Kedah tapi kalau dengan ayat tu memang ayah dengan adik-beradik, dengan kawan-kawan orang lain memang guna dialek Terengganu betul.

Anati       : cakap nama ke? Cakap saya ke? Cakap ambe ke?

Shuhada : kalau mok dengan ayag cakap name, panggil Shuhada

Anati        : kalau cakap dengan adik beradik?

Shuhada : kalau cakap dengan adik-beradik tu, aku kau. Dengan adik je biasa panggil adik dengan kak. Panggil dia kak, panggil yea adik.

Anati         : lepas itu kawan, contonhya kawan rapat mesti lain, kawan biasa mesti lain, orang baru kenal lain, mesti panggil nama lain kan?

Shuhada  : ermm ermm.

Anati         : macam mana tu?

Shuhadah : kalau kawan yang rapat memang yang baik kan, biase panggil nama, lpeas itu, cakap pun kasar-kasar sikit sebab kita memang kenal dari sekolah rendak lagi kawan baik. Kalau  yang baru kenal biasanyanya ada eee macam dia panggil nama. Kalau dekat kolej biasanya ada jugak orang panggil Ida.

Anati        : kalau contonhya cakap dengan cikgu tu macam mana?

Shuhada : cikgu? Maksudnya?

Anati      : panggil nama ke? Panggil saya ke?

Shuhada : ooo..pangggil saya.

Anati       : bila..bila guna perkataan ‘ambe’ (saya) tu?

Shuhada : ‘ambe?’ biasanya kalau cakap dengan… kalau kita nak mintak tolong. Biasa kalau nak mintak tolong kawan kita kan, guna perkataan  ‘ambe’ tu sebabnya nampak nak mintak tolong kan

Anati       : contoh. Boleh bagi contoh ayat tak?

shuhada : kononya duduk dalam bilik kan, lepas itu, ada kerja, nak pergi cafe malas kan, mesej kawan kata ‘ambe nak mintak tolong ni, tolong bungkus makanan ke’

Anati       : ooo..ok..errm kalau contohnya suasana dekat Terengganu, kalau hari raya tu kan, macam mana? Mula dari pagi malam rayang ke

Shuhada : biasa malam raya, macam oarang lain jugak, pasang-pasang langsir, semua kemas-kemas dulukan, buat rendang semua, siap-siap kuih dalam bekas kuih tu. Kalau pagi raya biasa kita solat raya dulukan? Selepas itu, err.. pagi lepas tu salam dengan mak ayah dulu, adik-beradik yang lain lepas tu baru pergi rumah saudara-saudara.

Anati       : oo..ok-ok.aaa. kalau contoh situasi nak mintak maaf dengan orang kan? Macam mana?

Shuhada :  bagitahu, orang Terengganukan, biasa cakapnya ada ‘Weyy’ kan. Katalah ‘weyy aku nak mintak maaf kalau ada buat kau terasa hati dengan aku ke, kalau aku ada kasar bahasa dengan kau tadi ke.’ Tu kalau dengan kawan-kawan la. Kalau denga mak ayah halus sedikit.

Anati      : macam mana tu?boleh bagi contoh tak?

Shuhada ; kalau dengan mak, biasa dengan mak la, dengan ayah jarang. Aaa kalu dengan mak kata ‘mok.. Ada nak mintak maaf kalu..ee.. menyusahkan mak ke sepanjang duduk dekat UKM ni, mintak duit lebih ke’.

Anati       : terima kasih

Shuhada : sama-sama.

Transkripsi Rakaman Audio

 Perbualan Pengkaji dengan Responden yang telah ditranskripsikan dalam Dialek Marang, Terengganu. Perbualannya  adalah seperti berikut : 

Anati        :  Assalamulaikum…boleh saudari perkenalkan diri saudari?

Shuhada :  Ermm..boleh..nama saya Nor Shuhada binti Bukhari. Asal dari Marang, Terengganu.. eee,   saya merupakan adik. . .  ee saya anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ee Dulu sekoloh ee dekat, masa sekolah rendah dekat Sekolah Rendah Kebangsaan Marang. Naik sekolah menegah Sekoloh Menengah kebangsaan Lela Segara. Memang emm daripada sekoloh rendah ke sekoloh menengah memang dudok dekat teganu, bila dapat tawaran univesti baru blajo dekat Bangi.

Anati       : emm asal dari mane ea?

Shuhada :  ee kapung Kijing,Marang

Anati        : Tau dok asal usul kapung tu gane?

Shuhada :  aaaa, kurang. Tapi ayah saya kata Kijing tu, ye boleh nama Kijing sebab dulu ada macang ge hidupan lauk dekat tepi pata or name ye saye dok ingak tapi dekat ngen Kijing ar.

Anati       :  Ooo. Ok ,eee dalam dialek teganu dok, ada dok macang ge perkataang-perkataang  yang macang  orang luo no dok pahang?

Shuhada :  ee,, rasa banyok. Antaranye macang ge poreng tu. Kalu kite tegoh lukis mende-mende, pahtu kawan kite mari ye kate ‘poreng ngat mu lukis’ makna ye lukisan kite tu dok lawo la. Kalu macang pekong tu ee macang ge kite nok mitok mende-mende dari kawan kite dok, kononnye pemadang  ‘ce pekong beto roba or’. Roba tu pemadang dalam base standard. Jadi gitu ah kite gune. Banyok gok g. Macang ge hok lain, macang ge , nembok kalu kat Teganu nembok tu macang ge melimpah-limpah. Konongnye kite tengok air dalang tong ork pahtu kite kate ‘orr nembok air’. Sebab air tu macang ge ye lebih daripade tong tu ar. Hok lain macang ge gong, gong tu maksuknye sombong.kononya  Kalu kite jupe kawan ork, lama dok jupe ork, pahtu ye wat dok tahu ke kite, pahtu kite kate ‘gong mu lening’. Hok lain macang ge emm sembe. Sembe tu ee maksuknya muke slambe. Macang ge, kite tengok kawang kite ork pahada ye wat bende salah, pahtu ye wat muke slamber je, kite kate ‘sembe mu padaha mu wat saloh tadi’. Hok lain aaa nebeng. Nebeng tu maksuk ye macang ge over lebeh-lebeh. Kalu wat bende-bende, bende tu simple tapi ye wat macang ge nebeng. Kite kate macang ge ‘nebeng mu tadi ork?’. Kononnya macang ge ye nok ambik ati cikgu ke pahtu ye wat lebeh-lebeh kite kate ‘nebeng mu tadi ork? Padaha nok ambik ati cikgu ar tu’. Lebong aa maksuk ye tipu macang ge kite kate ‘mu lebong ke aku ork’maknenye mu tipu aku ork. Gitu ar. Pahtu tunja tu tunja Tunja  macang ge kite kate eeee kononye kawang kite dok puah ati ke kawan kite hok lain ork tapi biasanye gura-gura gitu . Tunja je ye or. Maknenye sepak je kawan kite tu.. aaa hok lain nyenyeh. Nyenyeh tu maksuknye macang ge gini ar. Kononnye saya maroh ke kawan saya, saya kate ‘nyenyeh la mu ni’. Ye macang perli kite ar wat muke wat muke ke kite gitu. Macang ye perli kite. Betak. Betak tu macang ge ye lambat, macang kite wak keje.kite siap doh tapi ye dok siap g. Kirenya ye macang betak ar wat keje tu.lambak ar. Hok lain macang sumbak. Sumbak tu  maksuk ye dok betol macang bodo sikit ar. Ye wat mende-mende hok dok sepatutnye ye wat. Pahtu kite kate la ‘sumbak la mu ni, ada ke patut wat bende gitu.’ Dalam base teganu ni banyok gop macang ge  kite guna macang ge kite nok kabo puteh ork?kite wat puteh lepuk nok kabo benda tu puteh sangat la. Puteh lepuk, kuning sinyo nok kabo kuning tu memang betol-betol kuning.

Anati       :  kalu macang ge contonhnye la kang ork, saudari sendiri ork cakap ngan mok tu bahase nape?

Shuhada : kalu ngan mok biasenye capo Teganu ngan Kedah sebabnye moh asal Kedah tapi kalu ngan ayoh tu memang ayoh ngan adik-beradik lain, ngan kawan-kawan orang lain memang guna bahasa Teganu betol

Anati        :   cakap name ke, cakap saya ke, cakap ambe ke?

Shuhada :  kalu mok ngan aboh cakap name, panggil Shuhada.

Anati        : kalu cakap ngan adik-beradik ?

Shuhada :  kalu cakap ngan adik beradik tu aku mu. Dengan adik je base adik dengan kak.panggil yea kak , panggil yea dik.

Anati     :  pahtu kalu kawan, macang kawan rapat mesti lain, kawang biasa lain, orang baru kenal lain, mesti cakap panggilan nama lain ork?

Shuhada : ermmm ermm.

Anati       : gane or?

Shuhada :  kalu kawang hok rapat memang kawang hok baik ork, biase panggil name , pahtu kalu cakap pong  kasor-kasor sket sebab kita memang kenal dari sekolah rendah g kawan baik or. Kalu  hok baru kenal biasnye yea ada eee macang ge yea panggil nama. Kalu dekat kolej biasanye ada gok orang panggil Ida.

Anati       : kalu macang ge cakap ngan cikgu tu gane?

Shuhada : cikgu? Maknenye.

Anati       : base name ke, base saye k?

Shuhada : orr, base saye

Anati        : bile.. bile gune perkataan ambe tu?

Shuhada   :  ambe?  Biasenye kalu cakap dengan . . . kalu kite nok mintok tolong. Biase  kalu nok mintok tolong dengan kawan ke ork, gune perkataang ambe tu sebab ge napok nok mintok tolong kang

Anati       : contoh, boleh bagi contoh ayat dok?

Shuhada : kononnye duk dalam bilik ork, pahtu ade keje, nok g cafe malah ork, mesej kawang kate ‘ambe nok mitok tolong ni, tolong bukus makanan ke,’

Anati       : ooo.ok k..ermm kalu macang ge suasana kat Teganu ork, kalu hari raye tu gane? Stat dari pagi malang  raye ke.

Shuhada : biase malang raya, macang orang lain gok, pasang-pasang langsir, sume kemas-kemas lu ork, wat rendang sume, siak-siak kuey dalam bekas kuey or. Kalu pagi raye biase, kite semayang raye

lukan, lepah tu, errr.. pagi lepas tu dengan salang ngan mok ayoh lu, adik-beradik hok lain pahtu baru g rumah sedare-mare.

Anati     : oo.ok-ok.aaa.  kalu contoh situasi nok mintok maah dengan orang ke ork, gane ?

Shuhada : kabo , orang Teganukan, biase cakap ye ad weyy kang. Kate ar ‘wey aku nok mitok maah, kalu ad, kalu ad wat mu terase ati ngen aku ke, kalu aku kasor bahase ngen mu tadi k. Tu kalu ngen kawang-kwang ar. ’ kalu ngen mok  ayoh halus skek aa.

Anati      : gane or?? Boleh bagi contoh dok?

Shuhada : kalu dengan mok, biase ngan mok ar,,dengan ayoh jarang. Aaa kalu ngen moh kate ‘mok..Ada nok mitok maah kalu..eee..nyusoh ke mok ke sepanjang duduk kat UKM ni, mintok diut lebih ke’.

Anati       : terima kasih

Shuhada : sama-sama