Perbualan antara pengkaji dengan responden dalam Dialek Marang, Terengganu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Standarg. Berikut adalah terjemahannya.
Anati : Assalamulaikum…boleh saudari perkenalkan diri saudari?
Shuhada : boleh. Nama saya nor shuhada binti bukhari. Asal dari Marang, Terengganu. Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dulu saya sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Marang dan sekolah menengah di Sekolah Menegah Kebangsaan Lela Segara. Dari sekolah rendak hingga sekolah menengah, saya memeng duduk Terengganu dan hanya keluar dari Terengganu selepas mendapat tawaran universiti.
Anati : awak asal dari mana?
Shuhada : kampung Kijing, Marang
Anati : tahu tak asal usul kampung tu macam mana?
Shuhada : kurang. Tapi ayah saya bagitahu Kijing boleh kerana masa zaman dahulu ada kehidupan laut di tepi pantai dan namanya Kijing.
Anati : ok. Dalam dialek Terengganu ada tak perkataan-perkataan yang orang selain Terengganu yang tak faham?
Shuhada : rasanya banyak, antaranya ialah ‘poreng’. Contoh maksud ‘poreng’ ialah kalau kita sedang melukis apa-apa, kawan kita datang dan berkata ‘comot sangat lukisan kamu’. Perkataan seterusnya ialah ‘pekong’ iaitu baling. ‘pekong’ ni kalau kita nak mintak apa-apa daripada kawan kita. Contoh penggunaan ayat ialah ‘cuba kamu baling pemadam tu’. Jadi perkataan itulah yang kita gunakan. Banyak lagi perkataan yang lain. Contonhya ‘nembok’, kalau dekat Terengganu, ‘nembok’ tu bermaksud melimpah-limpah. Kononnya kita melihat air dalam tong lepas tu kita kata ‘melimpah-limpah air tu’. . Perkatan seterusnya ialah ‘gong’. ‘gong’ maksudnya sombong. Kononnua kalau kita jumpa kawan kita, lama tak jumpa, lepas itu dia buat tak tahu je kat kita, lepas itu kita kata ‘sombong kau sekarang’. Yang lain seperti ‘sembe’. ‘sembe’ tu maksudnya muka slamber. Contohnya kita tengok kawan kita kan, padahal dia buat salah , lepas itu dia buat muka slamber je. Kita katalah ‘slambe kau padahal buat salah tadi kan?’. Perkataan lain ‘nebeng’. ‘nebeng tu’ maksudnya seperti lebih-lebih. Kalau buat apa-apa, benda tu simple tapi dia buat seperti lebih-lebih. Kita katalah ‘lebih-lebih kau tadikan? Padahal nak ambik hati cikgu lah tu.’ ‘lebong ’ pula maksudnya tipu. Contohnya kita kate ‘kau tipu aku kan?’. Maknanya kau tipu aku kan?. Macam tu lah. Lepas itu, ‘tunja’. Tunja seperti kita kata eee kononya kawan kita tak puas hati ke kawan kita yang lain tapi biasanya gurau-gurau macam tu la. ‘tunja je dia tu’. Maksudnya sepak je dia tu. Yang lain ialah ‘nyenyeh’. Nyenyeh maksudnya macam ni la. Kononnya saya marah kat kawan saya, saya katalah ‘ perli lah kau ni’. Dia seperti perli kita la buat muka macam ni. Macam dia perli kita. ‘Betak’. ‘Betak’ tu seperti lambat. Contonhya kita buat kerja, kita dah siap dah tapi dia tak lagi. Kiranya macam lambat lah tu. Lambat lah. Yang lain seperti ‘sumbak’. ‘sumbak’ tu maksudnya dia tak betol atau bodoh sikitlah. Dia buat apa-apa yang tak sepatutnya dia buat. Lepas itu, kita katelah ‘tak betol la kau ni, ada ke patut buat macam tu?’. Dalam dialek Terengganu ni banyak juga contonhya kita guna nak bagitahu putihkan? Kita kata ‘ putih-lepuk’, nak bagitahu benda tu sangat putih lah. Putih sangat-sangat, kuning sinyo nak bagitahu kuning tu memang betol-betol kuning.
Anati : kalau contonhya la kan, saudari sendiri cakap dengan mak tu bahasa apa?
Shuhada : kalau dengan mak biasenya campur, Terengganu dengan Kedah sebabnya mak asal Kedah tapi kalau dengan ayat tu memang ayah dengan adik-beradik, dengan kawan-kawan orang lain memang guna dialek Terengganu betul.
Anati : cakap nama ke? Cakap saya ke? Cakap ambe ke?
Shuhada : kalau mok dengan ayag cakap name, panggil Shuhada
Anati : kalau cakap dengan adik beradik?
Shuhada : kalau cakap dengan adik-beradik tu, aku kau. Dengan adik je biasa panggil adik dengan kak. Panggil dia kak, panggil yea adik.
Anati : lepas itu kawan, contonhya kawan rapat mesti lain, kawan biasa mesti lain, orang baru kenal lain, mesti panggil nama lain kan?
Shuhada : ermm ermm.
Anati : macam mana tu?
Shuhadah : kalau kawan yang rapat memang yang baik kan, biase panggil nama, lpeas itu, cakap pun kasar-kasar sikit sebab kita memang kenal dari sekolah rendak lagi kawan baik. Kalau yang baru kenal biasanyanya ada eee macam dia panggil nama. Kalau dekat kolej biasanya ada jugak orang panggil Ida.
Anati : kalau contonhya cakap dengan cikgu tu macam mana?
Shuhada : cikgu? Maksudnya?
Anati : panggil nama ke? Panggil saya ke?
Shuhada : ooo..pangggil saya.
Anati : bila..bila guna perkataan ‘ambe’ (saya) tu?
Shuhada : ‘ambe?’ biasanya kalau cakap dengan… kalau kita nak mintak tolong. Biasa kalau nak mintak tolong kawan kita kan, guna perkataan ‘ambe’ tu sebabnya nampak nak mintak tolong kan
Anati : contoh. Boleh bagi contoh ayat tak?
shuhada : kononya duduk dalam bilik kan, lepas itu, ada kerja, nak pergi cafe malas kan, mesej kawan kata ‘ambe nak mintak tolong ni, tolong bungkus makanan ke’
Anati : ooo..ok..errm kalau contohnya suasana dekat Terengganu, kalau hari raya tu kan, macam mana? Mula dari pagi malam rayang ke
Shuhada : biasa malam raya, macam oarang lain jugak, pasang-pasang langsir, semua kemas-kemas dulukan, buat rendang semua, siap-siap kuih dalam bekas kuih tu. Kalau pagi raya biasa kita solat raya dulukan? Selepas itu, err.. pagi lepas tu salam dengan mak ayah dulu, adik-beradik yang lain lepas tu baru pergi rumah saudara-saudara.
Anati : oo..ok-ok.aaa. kalau contoh situasi nak mintak maaf dengan orang kan? Macam mana?
Shuhada : bagitahu, orang Terengganukan, biasa cakapnya ada ‘Weyy’ kan. Katalah ‘weyy aku nak mintak maaf kalau ada buat kau terasa hati dengan aku ke, kalau aku ada kasar bahasa dengan kau tadi ke.’ Tu kalau dengan kawan-kawan la. Kalau denga mak ayah halus sedikit.
Anati : macam mana tu?boleh bagi contoh tak?
Shuhada ; kalau dengan mak, biasa dengan mak la, dengan ayah jarang. Aaa kalu dengan mak kata ‘mok.. Ada nak mintak maaf kalu..ee.. menyusahkan mak ke sepanjang duduk dekat UKM ni, mintak duit lebih ke’.
Anati : terima kasih
Shuhada : sama-sama.